Monday, 14 December 2020

SETELAH SEKIAN LAMANYA + CURHAT ODL

 Assalamualaikum w.b.t 

Hai semua , setelah sekian lamanya aku x tulis apa-apa dekat sini , sedar tak sedar dah hujung tahun dah ni. Lama tak update blog ni sebab sekarang sibuk dengan kelas online, sibuk dengan assignment pun ye jugak , so takde masa free nak tulis kat sini . Tapi aku harap korang semua sihat-sihat jelah ya. Haritu baru lepas pkp smpai 6 disember yang lepas , so sekarang dahh boleh rentas daerah , rentas negeri. Tapi kalau tak silap masih ada setengah tempat yang masih lagi tak boleh rentas daerah dan negeri . Takpelah , yang penting korang kena pandai jaga diri dan jaga kesihatan. Insya-Allah satu hari nanti akan ada pengakhiran kepada semua ni. Yang penting banyakkan berdoa. (Ha tiber plak curhat kat sini 😅)


Okay , masuk cerita lain pulak. Haritu sepatutnya dah nak pergi Terengganu dah nak masuk kampus , tapi kerajaan arahkan student yang ada dekat kampus untuk balik dan mana yang belum pergi lagi tak payah pergi and adakan kelas online je. So naasib baiklah aku x pergi lagi kalau tak bazir duit je.So sekarang kami just ODL lah , which is class through online. Tapi ni bergantung pada lecturer lah , ada setengah lecturer guna Google Meet , ada setengah guna Webex , guna Whatsapp , guna UFuture , Google Classroom and etc. So kitorang kena aware lah dengan semua info yang lecturer bagi and kena bagi komitmen penuh lah dengan apa yang lecturer ajar dan apa yang lecturer suruh kitorang buat.


Kelas online ni ada pros and cons dia. Bagi aku yang bagusnya kelas online ni, kitorang boleh relaks2 time kelas😂 Hahaha , xdelah relaks sangat , tp bolehlah rehat2 regangkan otot luruskan pinggang kejap ... and kita boleh tengok balik lecture yang dah direkod banyak kali smpai kita faham , and senanglah kalau nak buat revision kan . Tapi yang tak bestnya tak boleh nnak jumpa kawan2 , dahlah tempat baru , kawan baru , kenal nama je . Dah macam LDR pon ade 😅 Especially kalau ade group assignment , susah nak communicate sebab masing-masing jauh . Kalau ade depan mata lagi senang nak communicate and settlekan assigment .Harap harap sem 2 nanti boleh dah lah masuk kampus , nak jumpa member2 baru ni , nak lepak2 , nak rapat2 ngan diorang 😭and nak gila2 ngan diorang , kalau dapat pulak member yang sama2 masuk air ngan aku lagilah best , lagilah nak jumpa . Tapi apakan daya Covid-19 menjadi punca😥. 


Sampai sini jelah curhat aku harini . Assalamualaikum . Bye .


"Cherish yourself for your sake.

Never torture yourself. Take care."